Kisah Hidupku ....cerita ini hanya rekaan semata-mata tidak ada kena mengena samaada yang hidup atau yang mati.
kisahnya bermulabegini....
Aku dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna. Aku hidup bersama seorang ibu dan seorang kakak.Ayahku telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung sejak aku kecil lagi.Tapi aku tak pernah mengeluh dan menganggap ianya sebagai takdir hidupku.Aku sering diejek dan dihina oleh rakan-rakanku kerana keadaan aku yang tidak sempurna.Aku menjadi tempang sejak aku dilahirkan lagi.Aku juga berasa bersyukur kerana mempunyai seorang kawan yang sangat baik,peramah dan prihatin..Nama sahabatku ialah NadzriDan aku juga bersyukur mempunyai keluarga yang menerima aku seadanya.Impian aku cuma satu aku ingin menjadi seorang penulis yang termasyur dan berjaya.
Angin pada waktu petang amat berangin,aku duduk di atas bangku kayu bawah pokok yang redup sambil tangan aku menulis cerita yang bakal aku hantar ke pertandingan mengarang cerita.Aku melihat beberapa orang budak sedang bermain bola sepak dan ada juga yang bermain layang-layang,alangkah indahnya jika aku dapat bermain bersama mereka."Assalamualaikum"kedengaran seperti suara yang aku kenali.Aku menoleh kebelakang sambil menjawab salam "waalaikummussalam"."Oh,rupanya awak Nadzri"kata aku."Boleh saya duduk di sebelah awak mal"kata Nadzri."Bolehlahh,Nadzri"kataku."Mal,awak sedang buat apa"soal Nadzri."Sedang,tulis cerita"kata aku."Oh"kata Nadzri."Saya sebenarnya kagum dengan semangat awak"kata Nadzri"Kenapa"kata aku."Awak semangat lagi nak ke sekolah walaupun awak diejek oleh Luqman"kata Nadzri."Yang itu saya tak kisah"kata aku."Awak ni memang penyabarlah"kata Nadzri."Saya terima takdir saya macam ni"kata aku."Mal,awak dah nak balik ke"soal Nadzri."Ha'ah,hari pun dah lewat petang"kata aku."Jomlah,biar saya hantar awak balik"kata Nadzri.Aku mencapai tongkat disebelahku,lalu berjalan dengan perlahan-lahan,sambil dipimpin oleh Nadzri.Setelah hampir,10 minit berjalan aku dan Nadzri,kami tiba di rumahku."Terima kasih''kata aku."Sama-sama,saya pulang dululah"kata Nadzri "Baiklah,hati-hati"kata aku.
"Assalamualaikum"kata aku sambil memulas tombol pintu."Waalaikumusalam"kata Ibu."Kamu dah balik mal,pergi mandi"kata Ibu
"Assalamualaikum"kata aku sambil memulas tombol pintu."Waalaikumusalam"kata Ibu."Kamu dah balik mal,pergi mandi"kata Ibu